Jika anda mempunyai produk sendiri, seharusnya anda memerlukan label
yang sesuai dengan produk anda. Maklumat pada label sticker produk anda
akan membantu pelanggan mengenali produk dan seterusnya meningkatkan
jualan anda. Pelbagai saiz sticker boleh dibuat bergantung pada produk
anda.
Untuk majlis keraian seperti majlis perkahwinan, anda mungkin
memerlukan sticker untuk dilekatkan bersama-sama hadiah kepada para
tetamu. Sticker juga boleh dijadikan sebagai bahan promosi seperti
iklan, hadiah, sticker keahlian atau lain-lain kegunaan.